Akaun dppns.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PEMBELIAN LOT TANAH KOMPLEKS PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
DANA  RM 3.1 JUTA  DIPERLUKAN UNTUK PEMBELIAN LOT TANAH KOMPLEKS PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


Ketika Rasulullah SAW ingin mengutuskan angkatan perang dan menyeru para sahabat bersedekah, Abdul Rahman bin Auf segera mengambil wang simpanannya dan menyerahkan 2,000 dinar daripada 4,000 dinar yang ada dalam simpanannya.  Selebihnya disimpan untuk modal perniagaannya.

Melihat akan sikap Abdul Rahman bin Auf, Rasulullah SAW berkata:  “Mudah-mudahan Allah memberkati pada apa yang telah engkau berikan dan mudah-mudahan juga Allah memberkatimu pada harta yang engkau simpan.”

Sikap memberi adalah sikap orang mukmin sejati. Semakin banyak kita memberi semakin banyak yang kita akan perolehi tanpa sedar.  Harta kita semakin banyak, hidup lebih tenang, keluarga sempurna kerana keberkatan daripada sedekah yang kita lakukan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga." (Surah at-Taubah, ayat 111)



Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor membuka peluang kepada para dermawan semua bagi merealisasikan impian mempunyai  Kompleks Pentadbiran dan Pendidikan PAS Negeri Selangor menjelang tahun 2025

Antara tujuan utama kompleks ini dibina adalah sebagai pusat kepada semua aktiviti yang melibatkan 22 Dun, 432 buah PASTI dan 30 buah SRITI seluruh negeri Selangor.


Lokasi kompleks berhampiran Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia

Maklumat tanah adalah seperti berikut :

Lokasi : Sungai Semungkis, Hulu Langat.
Keluasan Lot 476 adalah 3.25 ekar
Keluasan Lot 2069 adalah 4 ekar
Harga tanah Lot 476 adalah RM400K untuk 1 ekar dan jumlah bagi 3.25 ekar adalah sebanyak RM 1.3 Juta.
Harga Lot 2069 adalah RM450K untuk 1 ekar dan jumlah bagi 4 ekar adalah RM 1.8 Juta.

Jumlah keseluruhan bagi kedua Lot tanah adalah sebanyak RM 3.1 Juta.

 
Lot tanah yang bakal dibangunkan Kompleks Pentadbiran dan Pendidikan PAS Negeri Selangor


 Bagaimana Sumbangan Ini Digunakan? 

Sumbangan tuan/puan akan digunakan khas bagi membeli tanah dan membangunkan kompleks ini sebagai Pusat Pentadbiran dan Pendidikan PAS Negeri Selangor. 

Jangkaan kompleks ini mengambil masa 3 hingga 10 tahun mengikut 3 fasa iaitu :

  • FASA 1 : Pembelian tanah
  • FASA 2 : Pembinaan Kompleks secara berfasa
  • FASA 3 : Melengkapkan kemudahan bagi kegunaan pentadbiran & pendidikan negeri Selangor.

Buat masa sekarang DPPNs sedang berusaha untuk melunaskan bayaran pembelian tanah yang perlu dijelaskan dalam tempoh 1 tahun seperti dalam perjanjian. Kemudian, pembinaan kompleks akan bermula secara berperingkat setelah selesai urusan pembelian tanah. 



 Bagaimana Cara Anda Boleh Menyumbang ? 

Kami mensasarkan kompleks ini mula dibina pada 2021 dan siap sepenuhnya 2025.

Oleh itu, DPPNs perlukan sekurang-kurangnya RM3.1 juta untuk mulakan pembinaan. Satu bahagian lot tanah bermula serendah RM30 saja.

Boleh niatkan untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup sebagai amal jariah yang berpanjangan. Usah bimbang mengeluarkan harta dalam bentuk zakat, infak dan sedekah fisabilillah (di jalan Allah) kerana ia tidak akan mengurangi harta yang ada tetapi digandakan Allah SWT.

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 92:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

InsyaAllah dengan bantuan sumbangan daripada semua pihak, kompleks ini dapat direalisasikan bersama harapan terbinanya kompleks ini sebagai pusat tarbiyah dan dakwah utama di negeri Selangor. 

Sumbangan Boleh Disalurkan Mengikut Pakej Di Bawah :


Pakej A (10 LOT) = RM300

Pakej B (5 LOT) = RM150

Pakej C (3 LOT) = RM90

Pakej D (1 LOT) = RM30

Pakej E = (Seikhlas Hati)


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : MAYBANK

Nama : DANA PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN

No Akaun : 5630 2863 4304

Letakkan reference "DPPNS " untuk mudahkan pihak kami agihkan dana




Marilah kita merebut peluang untuk mendapat pahala yang berlipat ganda dengan memberikan sumbangan buat pembinaan Kompleks PAS Negeri Selangor. 


Penafian: 

  1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
  2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
  3.  Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  +60176343488 (USTAZ ALI RAJIE')